Jenama Produk Anda adalah kilang OEM terkemuka di Malaysia, menyediakan pelbagai produk penjagaan termasuk kosmetik, makanan tambahan, penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan penjagaan badan. Kami berfungsi sebagai pengeluar sehenti untuk produk penjagaan dan produk OEM Malaysia, menjamin kualiti dan kepuasan pelanggan dalam setiap langkah pengeluaran.

Lebih daripada 500 produk penjagaan OEM berbentuk cecair, jeli, serbuk, dan pil telah dihasilkan oleh Jenama Produk Anda. Kilang OEM kami dilengkapi dengan lebih 20 mesin berteknologi tinggi, mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 10,000 unit produk penjagaan dalam sehari. Semua produk penjagaan ini dihasilkan berdasarkan Good Manufacturing Practice (GMP) yang ditetapkan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda tidak perlu ragu dengan penghasilan produk penjagaan OEM dari Jenama Produk Anda, kerana ia berkualiti tinggi, selamat, dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Ahli kimia di Jenama Produk Anda bersedia membantu anda mencipta jenama sendiri dalam produk penjagaan kecantikan melalui kilang OEM dengan melaksanakan proses Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang teliti. Kami berkomitmen untuk menghasilkan formula yang sesuai dengan produk penjagaan yang anda inginkan. Semua bahan yang digunakan dalam penghasilan produk OEM adalah 100% berasal dari bahan semula jadi dan tidak melibatkan penyelidikan ke atas haiwan. Jenama Produk Anda juga memiliki pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk produk penjagaan kecantikan dan kesihatan, memastikan setiap produk OEM adalah selamat untuk pelbagai lapisan umur.

Jenama Produk Anda merupakan pengilang OEM product Malaysia yang sangat berpengalaman. Bina jemana sendiri untuk produk OEM dengan kami hari ini!